Wednesday, May 16, 2012

PENYELESAIAN MASALAH 1 (GAMBARAJAH)


SOALAN :



Penyelesaian:

Langkah 1: Memahami Masalah
· Afif dan kakaknya telah membeli 150 biji coklat di 

  kedai runcit 

· 25 biji daripada coklat tersebut telah jatuh

· Kemudian mereka membahagikan coklat itu antara 

  mereka dan 3 orang adik mereka yang lain. 

· Berapakah jumlah coklat setiap orang akan dapat ?



Langkah 2 : merancang strategi 
· Lakarkan bentuk bujur pada kertas sebagai 
  mewakili coklat 

· 5 individu diwakili dengan menggunakan lukisan 

  empat segi 

· Tolakkan 150 biji dengan 25 biji

· Hasil daripada jawapan tersebut dibahagikan   

  kepada 5 orang 

· Lihat rajah di bawah :





Langkah 3 : Melaksanakan Strategi
· Daripada rajah (a) ialah jumlah asal/keseluruhan 

  coklat iaitu 150 biji 

· Kemudian rajah (b) ialah bilangan coklat yang 

  terjatuh iaitu 25 biji 

· Seterusnya rajah (c) pula ialah jumlah biji coklat 

  yang perlu dibahagikan kepada 5 orang. 

· Akhir sekali, setelah dibahagi kepada 5 orang maka 

  setiap orang mendapat 25 biji seorang 

Cara pengiraan :

150 biji – 25 biji = 125 biji

125 biji ÷ 5 orang = 25 biji




Langkah 4 : Semak Semula

· Adakah jawapan sebanyak 10 biji adalah munsabah 

  atau tidak ? 

· Adakah semua pengiraan tepat ? ( semak )

· Buat pengiraan untuk mendapatkan jumlah coklat 

  yang asal 

[ ( 25 biji × 5 ) + 25 = 150 biji coklat

· Jawapan adalah tepat


           

                *WE LOVE QAWAID 'AL KHAWARIZMI'*

No comments:

Post a Comment