Assalamu'alaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim, setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke
hadrat Allah s.w.t serta Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad
s.a.w kerana dengan izinNya, dapatlah kami melaksanakan tugasan ini.
Penuh rasa rendah diri kami ini, amatlah kagum kepada pensyarah
kami iaitu Puan Rubaidah binti Ismail, Pensyarah Matematik Asas IPG Kampus Pendidikan Islam untuk kumpulan
kami di PPISMP SEMESTER 2 kerana telah membuat suatu projek pameran bagi
lanjutan kami untuk melengkapkan kerja kursus kami untuk MATEMATIK ASAS
MT2311D.
Oleh itu, untuk melengkapkan tugasan ini, kami memilih untuk
menggunakan blog sebagai medium kepada kami khususnya dan amnya untuk
pengguna-pengguna blog dan juga pelajar-pelajar lain yang memerlukan bantuan
serta bahan rujukan dalam pelajaran ini.
Secara ringkasnya, di dalam halaman QAWAID 'AL KHAWARIZMI' ini,
kami telah menyusun atur semula setiap tugasan yang telah kami laksanakan dalam
kerja kursus kami yang berbentuk buku dan mengadaptasikannya semula ke dalam
bentuk yang lebih ringkas, menarik dan sesuai di baca oleh semua golongan.
Tajuk yang telah kami tampalkandi blog ini adalah berkenaan
STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH. Di sini, kami telah memperkecilkan skop kaedah
iaitu dengan menggunakan MODEL POLYA.
Secara keseluruhannya, marilah sama-sama kita lihat setiap apa
yang telah kami berikan dalam ruangan ini. Moga ianya memberi sedikit maklumat
dan menambah idea untuk sama-sama kita menimba ilmu pengetahuan berkenaan
'dunia matematik' ini.
Sekian, salam hormat daripada kami dan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
serta semua pengunjung blog ini kerana telah memberi semangat dan galakan dalam
menyempurnakan laman QAWAID 'AL KHAWARIZMI' ini.
Saudari Nurul Nadia binti Misman
Saudari Suriati binti Zakaria
*WE LOVE QAWAID 'AL KHAWARIZMI'*
No comments:
Post a Comment